RABU, 25 NOVEMBER 2020 – Pagi ini lagi sekali jemaah Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) terpanggil untuk menyalurkan bantuan kepada para petugas barisan hadapan di Penjara Reman Pulau Pinang. Bantuan ini bermesejkan “Share The Love and Mercy of Prophet Muhammad PBUH”
IPSI menyalurkan sumbangan berupa 36 kampit beras, 10 botol minyak masak, 10 kotak sarung tangan, 20 botol clorox, 1000 pek plastik makanan, 100 ubat gigi, 200 ketul buku sabun mandi, 5 buah cerek elektrik dan 20 cartons air mineral.
Presiden IPSI, Tn. Hj. Kamarudin Abdullah berkata, sumbangan yang diberi adalah bertujuan meringankan lagi bebanan para petugas barisan hadapan dan memberi motivasi kepada orang lain untuk turut serta membantu antara satu sama lain di samping menunjukkan keprihatinan NGO kepada para petugas yang bertungkus lumus dalam menangani pandemik covid-19.
Sumbangan daripada pihak IPSI ini disampaikan kepada Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang, Tn. Mohd Jusoh bin Ismail.
Usaha-usaha kebajikan IPSI ini merentasi sempadan kaum, bangsa dan agama. InsyaAllah IPSI sedang merancang membantu mereka yang mungkin terputus barang dapur dan para petugas barisan hadapan semasa PKPB ini di Pulau Pinang. Jom kita bersama membantu mereka yang ditimpa musibah dengan menyumbang dana ke akaun bank IPSI.
Salurkan sumbangan anda ke akaun
Maybank
Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa Pulau Pinang
557380300023
Hantar resit sumbangan kepada Puan Sarah Tan 019-475 9745