Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah. Pada 23 April 2019, beberapa sumbangan telah diberi kepada fakir miskin yang di sampaikan oleh Dr Amir Shah, timbalan presiden IPSI mewakili Presiden IPSI, Tuan Haji Kamarudin bin Abdullah di surau PPR Taman Manggis.
Seramai 10 orang penduduk PPR Taman Manggis dalam kalangan kaum melayu, cina, dan india menerima sumbangan beras dan barang-barang dapur seperti minyak, gula dan sebagainya.
Semoga dengan usaha ini dapat memberi manfaat kepada penerima. Insya Allah.
———————————————-
Bantulah IPSI untuk membantu dakwah dan ummah.
Salurkan sumbangan anda ke akaun aktiviti IPSI 5573 8030 0023 (Maybank)