Mengenal Al-Quran dan Asas-Asas Ulumul-Quran
RM20.00
1 in stock
Description
Memahami Al-Quran adalah perkara yang perlu bagi umat Islam, kerana Al-Quran merupakan sumber hukum pertama dalam perundangan dan neraca keadilan. Kehadiran Al Quran dengan bahasanya yang begitu indah dan unik telah mematahkan hati para sasterawan Arab, kerana wahyu Ilahi adalah mukjizat agung.
Sebagai mukjizat agung, kandungan Al-Quran begitu sukar difahami kerana keunikannya, kecuali bagi mereka yang diberi petunjuk dan hidayah. Sebilangan kecil manusia sahaja dapat mentafsirkan ayat-ayat Allah, iaitu golongan yang diberi petunjuk oleh Allah swt.
Bagi orang yang hatinya cenderung ke arah kesesatan akan mentafsirkan ayat-ayat Allah dengan pelbagai tafsiran menurut hawa nafsu mereka. Maka barang siapa yang mentafsirkan ayat-ayat Allah berdasarkan kecenderungan nafsu, tempat kekalnya adalah neraka.
Oleh sebab itu, kita sebagai umat Islam dituntut supaya mengkaji kandungan Al-Quran dengan teliti dan berhati-hati agar segala pentafsiran yang dibuat pada batas-batas yang benar, tepat dan mencapai maksud sebenar.
Additional information
Weight | 0.3 kg |
---|---|
ISBN | 9789830991450 |
AUTHOR | Drs Abdul Ghani Azmi Hj Idris |
PUBLISHER | Al-Hidayah |
PAGES | 343 |
COVER TYPE | Paperback |