You are currently viewing OPEN DAY OAMARU ISLAMIC CENTRE, NEW ZEALAND

OPEN DAY OAMARU ISLAMIC CENTRE, NEW ZEALAND

  • Post author:
  • Post category:Articles

Alhamdulillah Ahad 28 April 2019 telah berlangsungya Open Day di Oamaru Islamic Centre, New Zealand. Jemaah IPSI telah bekerjasama dengan pihak Tuan Idris sebagai Imam di OIC untuk menjayakan program ini.

Ini merupakan anjuran buat pertama kali yang diadakan oleh pihak OIC dan kehadiran oleh non-Muslim sangat baik. Datuk Bandar dan bekas Datuk Bandar turut hadir ke OIC.

Tetamu yang hadir disambut mesra oleh muslim di OIC dan diberikan penerangan berkaitan tatacara solat, keagungan Nabi Muhammad SAW, kebesaran Al-Quran, hubungan Islam sesama bukan Islam dan banyak lagi. Juadah juga turut diberi kepada pengunjung.

Tn. Haji Kamarudin Bin Abdullah (Pengasas dan Presiden IPSI, serta Pemikir Islam) berkesempatan menghadiahkan senaskah Al-Quran terjemahan kepada bekas Datuk Bandar. Beliau sangat teruja dengan hadiah tersebut. Pengunjung-pengunjung lain turut diberikan Al-Quran terjemahan serta bahan-bahan bacaan cetakan IPSI yang lain sebagai hadiah atas kesudian datang ke OIC.

Pihak IPSI mengucapkan terima kasih dan tahniah atas anjuran open day ini. Moga cahaya Islam bersinar di Oamaru serta seluruh negara New Zealand atas usaha pihak OIC ini.
———————————————-
Bantulah IPSI untuk membantu dakwah dan ummah.
Salurkan sumbangan anda ke akaun aktiviti IPSI 5573 8030 0023 (Maybank)