You are currently viewing KUNJUNGAN HORMAT BERSAMA SAHIBUL SAMAHAH DATO’ HJ. MOHD YUSOF BIN HJ. AHMAD. MUFTI NEGERI SEMBILAN DENGAN PERTUBUHAN PENYEBARAN ISLAM ANTARABANGSA (IPSI)

KUNJUNGAN HORMAT BERSAMA SAHIBUL SAMAHAH DATO’ HJ. MOHD YUSOF BIN HJ. AHMAD. MUFTI NEGERI SEMBILAN DENGAN PERTUBUHAN PENYEBARAN ISLAM ANTARABANGSA (IPSI)

  • Post author:
  • Post category:Articles

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t pada 16 April 2019, Tn. Haji Kamarudin Bin Abdullah (Presiden dan Pengasas IPSI serta Pemikir Islam) bersama pegawai IPSI telah membuat kunjungan hormat ke pejabat Mufti Negeri Sembilan. IPSI disambut mesra pihak pegawai Mufti.

Tujuaan kunjungan ini diadakan bagi memperkenalkan usaha-usaha dakwah IPSI dalam menyantuni Non-Muslims dan saudara baru tanpa mengira bangsa dan kaum.

Tuan Presiden dan pegawai IPSI mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian beliau menerima kunjungan ini walaupun dengan jadualnya yang sangat padat, masa yang sangat terhad tetap sudi mendengar serta berbincang bersama mengenai permasalahan ummah serta dakwah Islam.

Semoga dengan pertemuan ini dapat memberi manfaat kepada ummah khususnya ummat Islam di Pulau Pinang serta Malaysia amnya sejurus melestarikan misi Islam sebagai rahmatan lil ‘alamin.

#mapim
#ipsi