Short Story
Kejayaan IPSI melalui ummah baru-baru ini telah berjaya menyumbang barang makanan keperluan kepada lebih 600 buah keluarga asnaf dan B40 tanpa mengira bangsa serta agama. Mereka semua ini rata-ratanya dilanda kesusahan dibuang kerja, diberikan cuti tanpa gaji akibat Covid-19.
Disebabkan kejayaan ini, IPSI ingin meneruskan lagi usaha dakwah melalui kebajikan dengan membantu Orang-Orang Asli melalui pemberian barang makanan keperluan harian untuk masyarakat Orang Asli di Malaysia.
IPSI merayu kepada saudara sekalian untuk kita tunjukkan roh kebersamaan kita dengan berkongsi rezeki infaq RM50 untuk satu keluarga bagi meringankan beban saudara kita yang sedang dilanda kesusahan di sana.
Semua ini tidak dapat dilaksanakan kalau bukan kerana semua penderma-penderma kami yang amat murah hati. Terima kasih kami ucapkan kepada anda semua.
Orang ramai yang berminat untuk menyalurkan sumbangan dana kepada kami bagi meneruskan lagi usaha da’wah kepada Orang Asli bolehlah salurkan menerusi link ini.
ORANG ASLI Villages Tour​ – JELAJAH Perkampungan Orang Asli
-
RM10,000.00
Funding Goal -
RM475.00
Funds Raised -
Campaign Never Ends
Campaign End Method