Alhamdulillah pada 15 Jun 2020 Isnin, IPSI bersama MAPIM telah menyantuni sebanyak 155 buah keluarga masyarakat Orang Asli Daerah Batu Gajah Kampar dan Gopeng, Perak dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan dan Jabatan Agama Islam Perak yang diwakili oleh Ustaz Abd Halim Abdul Latiff. Pemberian barangan makanan keperluan harian ini diberi tanpa mengira agama.
Tn. Hj. Kamarudin Abdullah selaku Presiden IPSI serta Pengarah Hal Ehwal Dakwah MAPIM Malaysia, menyampaikan sedikit tazkirah sebagai sajian ‘makanan rohani’ kepada mereka dengan mengingatkan semua untuk rasa bersyukur terhadap nikmat Islam yang diberi. Islam di sana adalah minoriti.
Semua ini tidak dapat dilaksanakan kalau bukan kerana semua penderma-penderma kami yang amat murah hati. Terima kasih kami ucapkan kepada anda semua.
Orang ramai yang berminat untuk menyalurkan sumbangan dana kepada kami bagi meneruskan lagi usaha da’wah kepada masyarakat Orang Asli, bolehlah salurkan menerusi:
💵
Maybank 557380300023
Hantarkan resit sumbangan kepada sister Sarah Tan 0194759745