You are currently viewing [ MASJID TERBUKA DI MASJID KAPITAN KELING SEMPENA HARI WARISAN PULAU PINANG ]

[ MASJID TERBUKA DI MASJID KAPITAN KELING SEMPENA HARI WARISAN PULAU PINANG ]

  • Post author:
  • Post category:News

[ MASJID TERBUKA DI MASJID KAPITAN KELING SEMPENA HARI WARISAN PULAU PINANG ]

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Insya Allah pada 8 Julai 2017 (Sabtu) sepertimana tahun-tahun yang lalu IPSI akan menjalankan program Masjid Terbuka di Masjid Kapitan Keling sempena dengan hari warisan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti ATMT ( Dakwah Melalui Lawatan Masjid ), edaran sperti risalah berkaitan Islam, Al-Quran terjemahan dalam pelbagai bahasa, sesi soal jawab, dan lain-lain. Program akan bermula jam 11 pagi hingga jam 6 petang.

Untuk makluman, program ini memberi fokus kepada non-muslim terutama pelancong asing dan juga masyarakat tempatan. Bertujuan menerangkan tentang Islam dan keunikan seni bina Masjid yang berusia lebih 200 tahun tersebut. Oleh itu, anda semua dijemput hadir ke program ini. Sila kongsikan kepada rakan-rakan dan juga sahabat-sahabat non-muslim kita supaya mereka dapat turut hadir dan memperoleh manfaat. Insya Allah.

Terima kasih dan semoga hari anda sentiasa dipermudahkan.